Semalam gempar di laman-laman sosial apabila tersebarnya sebuah video penerangan yang disampaikan oleh salah seorang pendakwah bebas di Malaysia, Ustaz Wan Ji Wan Husein.
Dalam video tiga minit itu, menunjukkan kenyataan Ustaz Wan Ji yang berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara republik tanpa sultan
“Ana punya cita-cita, sekarang ini 2013, 2030 ‘map’ ana, Sultan tak ada, Sultan dah habis. Malaysia ini dah jadi negara republik,” jelas Ustaz Wan Ji.
Malah, dia juga seolah-olah menyamakan sultan di Malaysia ini seperti syaitan
Bukan itu sahaja, Ustaz Wan Ji turut menyifatkan sultan di Malaysia ini seperti babi kerana mempunyai mudarat yang banyak.
“Sultan ni monarki ni ada baik sikit Tapi Mudaratnya banyak. Hukumnya macam babi juga.
“Perhabis duit rakyat, mengarah sesuka hati, dasar yang agak terbantut kerana faktor-faktor sultan, tak lantik exco, menyusahkan orang, lepas tu goyang kaki, pembaziran.
Baik pun sikit je pun. Tapi tak berapa baik pun. Takat nak jaga Melayu,” jelasnya.
Bagaimanapun, memetik laporan Malaysiakini, pendakwah bebas itu mempertahankan dirinya berhubung video tersebut.
Wan Ji dilaporkan berkata apa yang dibincangkan dalam video tersebut merupakan kiasan sewaktu perbincangan berkaitan ‘fiqh tawaqqu’-satu cabang pengajian Islam- yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan.
Beliau mendakwa memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.
Pada Selasa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO lain membuat laporan polis dengan mendakwa Wan Ji menghina sultan dan menggesa tindakan diambil terhadap pendakwah bebas itu.
Sumber: Astro Awani & Malaysiakini
No comments
Post a Comment