Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gosip ditengking Aiman : Itu cara kami bergurau – Nur Fathia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



BARU-BARU ini, aktor tinggi lampai Aiman Hakim Ridza khabarnya telah bertindak menengking kekasihnya, pelakon Nur Fathia di khalayak ramai selepas ada terbaca satu komen peminat di internet tentang mereka berdua.
Nur Fathia yang ditemui media baru baru bagaimanapun menafikan yang komen peminat itu ada menjejaskan hubungan mereka berdua selain turut menafikan yang Aiman ada memarahi beliau di hadapan orang ramai seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Aiman tak pernah menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu. Kami selalu bergurau dan adakalanya tampak kasar tapi itulah cara kami. Mungkin ada yang menilai perbuatan itu seperti kami bergaduh besar,” jelasnya.
“Kami masih bersama dan hubungan kami tiada masalah, cuma kalau ada pun ia lumrah dalam bercinta. Mungkin selepas ini, kami akan lebih berdiam diri dan tidak terlalu terbuka berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul pula kisah kurang enak mengenai kami,” tambah Nur Fathia lagi yang kini bergelar duta baru Pantene. - rotikaya

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments