Sudah lama kita tidak mendengar cerita mengenai penyanyi bersuara hebat, Jessie J ini.
Khabarnya, pelantun ‘Price Tag’ dan ‘Domino’ itu bakal berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun hadapan bagi meluaskan lagi pengaruh muziknya di sana.
Jika itu keputusannya, bermakna beliau akan meninggalkan negara tercintanya, United Kingdom demi cita-citanya itu.
“AS merupakan pasaran yang cukup besar untuk ditembusi. Banyak yang berbeza di sana.
“Saya tidak suka melakukan perkara separuh jalan. Saya tidak akan masuk ke pasaran mereka selagi saya tidak berada di sana, jadi saya akan tinggal di sana tahun hadapan,” katanya sewaktu persembahan iTunes baru-baru ini.
Menurut Jessie lagi, beliau akan memulakan kariernya di sana dengan mengikuti persembahan jelajah Amerika bersama penyanyi Robin Thicke.
Beliau juga merancang untuk tinggal di New York kerana ia kehidupan di sana tidak jauh berbeza dari London.
Semoga usaha Jessie ini akan membawa beliau pergi lebih jauh lagi di persada muzik dunia dan apa yang pasti, pasaran Amerika bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditembusi tanpa usaha yang gigih.
No comments
Post a Comment