Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ratusan Tidur Bergelimpangan, Tak Mandi Akibat Penerbangan Ditunda Di LCCT
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SEPANG – Ratusan penumpang pesawat AirAsia yang terkandas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) berikutan beberapa pembatalan penerbangan akibat letupan Gunung Berapi Kelud, Jawa Timur, Indonesia, terpaksa menjadikan lantai sebagai alas tidur mereka sejak dua hari lalu.

Tinjauan mendapati, kebanyakan penumpang yang juga warganegara Indonesia terpaksa bermalam di LCCT kerana tiada pilihan lain sementara menunggu penerbangan pulang ke destinasi masing-masing disambung semula.

Kebanyakannya tidur dalam keadaan bergelimpangan dan kesejukan tanpa alas serta tidak mandi sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, tiada suasana kelam kabut dirakam di terminal berkenaan sebaliknya berada dalam keadaan terkawal serta tidak menggangu perjalanan operasi di LCCT.

Penutupan lapangan terbang berkenaan susulan letupan Gunung Berapi Kelud di Jawa Timur, Indonesia sekali gus menjejaskan jadual penerbangan dari Malaysia membabitkan laluan Kuala Lumpur-Surabaya, Kuala Lumpur-Semarang dan Kuala Lumpur-Yogyakarta.

Seorang penumpang, Susiati, 35, berkata dia tidak menyangka penantiannya untuk pulang bercuti ke kampung halaman di Surabaya selepas lebih tiga tahun bekerja di negara ini berakhir sedemikian rupa.

“Ini kali pertama saya balik selepas tiga tahun setengah bekerja sebagai operator kilang di Ipoh, Perak. Tidak sangka begini jadinya. Sudah dua hari saya tidak mandi, kerana menunggu di sini disebabkan bimbang mereka akan panggil penumpang secara tiba-tiba.

“Sudah tiga kali penerbangan saya ditunda. Harap segalanya kembali pulih dengan cepat kerana cuti yang diberikan hanya dua minggu, saya terlalu rindukan keluarga di sana,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. - Harian Metro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments