Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PILU - Status “No Raya This Year..Work Until Die” Jadi Kenyataan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


MEMILUKAN… seorang lelaki bagaikan tahu hayatnya berakhir tanpa sempat berhari raya tahun ini apabila status aplikasi mesej Whatsapp terakhirnya adalah “No raya on this year…work until die”.
Lebih menyayat hati, Allahyarham Farid yang berasal dari Kuala Terengganu meninggal dunia seorang diri di rumah sewanya di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor di kala rakan serumah lain balik berhari raya di kampung dan mayatnya hanya ditemui pada hari raya ketiga, semalam.

Kisah mengejutkan ini dikongsikan sendiri teman serumah arwah menerusi Facebook dan laman blognya, BlogAmmar.com.

Berikut catatan penuh kejadian sedih ini oleh Ammar:
“Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia”, itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yang membuatkan aku sebak.
Tragedi ini mengejutkan aku dan semua rakan-rakan rumah bujang aku. Dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur aku mendapat panggilan telefon dari seorang rakan serumah bujang iaitu Herman yang bertanyakan mengenai Farid yang tidak dapat dihubungi sejak malam raya pertama sehingga semalam(19/7/2015).
Report polis telah dibuat oleh ahli keluarga Farid. Sesampai aku di hentian Gambang aku menerima sms dari Herman yang mengatakan rakan sekerjanya telah pergi ke rumah sewa dan memanggil tetapi tiada sesiapa yang menjawab.
Paling mengejutkan apabila ada bau busuk dari rumah sewa itu. Mujurlah bilik Farid berada paling hadapan rumah lalu rakan sekerja Herman membuka tingkap bilik dan melihat sebujur mayat di atas tilam.
Lalu rakan sekerja Herman membuat report polis dan polis memecah pintu rumah untuk melihat keadaan sahabatku, Farid yang telah beberapa hari meninggal dunia. Mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Serdang dan kini masih menunggu laporan bedah siasat. Insyaallah jenazah akan dikebumikan hari ini.
Untuk pengetahuan semua, Farid tidak dapat balik beraya kerana terpaksa bekerja pada hari raya. Semua rakan serumah telah balik beraya dan dia hanya tinggal seorang diri di rumah bujang.
Tidak disangka-sangka tragedi ini berlaku di rumah bujang aku. Masih teringat kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku membelikan panadol saat aku demam panas.
Dialah sahabatku yang sangat baik. Dia rakan serumah, dia rakan sekelas, dia rakan seasrama, dia rakan sebelajar dan rakan semasa susah dan senang. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Pergimu tiada pengganti. Kau sahabat dunia dan akhirat. Coretan ikhlas dari sahabatmu, Ammar.
Update terkini! Digit terakhir nombor telefon Farid 0717. Seakan satu kebetulan dengan tarikh kematiannya 17/07/2015.
Update terkini! Laporan bedah siasat menunjukkan Farid meninggal dalam keadaan normal.
Update terkini! Jenazah telah dibawa ke rumah bapa saudaranya di Puchong untuk urusan mandi dan kafan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments