Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bangkai Tikus Dalam Minuman Bercoklat
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



ALOR GAJAH – Seorang lelaki warga emas mendakwa minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya hujung bulan lalu mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut.
Mohamad Hashim, 64, dari Kampung Sungai Petai di sini, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka minuman berperisa coklat dinikmati ahli keluarganya itu dipercayai mengandungi bangkai tikus.
Menurutnya, dia terkejut selepas melihat bangkai dipercayai tikus dalam kotak minuman itu selepas anaknya, Hishamudin, 9, mengadu sakit perut ketika mahu ke sekolah jam 7 pagi semalam.
Katanya, bangkai tikus sepanjang empat sentimeter itu terkeluar daripada gumpalan serbuk minuman yang hampir keras ketika isterinya Siti Noraishah Kassim, 45, mahu mencedok menggunakan sudu.
“Saya beli pek minuman itu di sebuah pasar raya di Masjid Tanah awal bulan lalu. Pagi tadi (semalam) isteri mengadu bau busuk apabila membuka bekas berisi minuman itu, namun saya tidak menghiraukannya kerana bersiap menghantar anak bongsu ke sekolah. – Harian Metro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments