CHE LIJAH – Seorang buruh tidak
menyangka bau busuk seperti bau bangkai membawa kepada penemuan mayat
bapa mertuanya di sebuah rumah, dekat sini, lewat petang kelmarin.
Rahsia kematian warga emas itu
terbongkar kira-kira jam 6.30 petang apabila menantunya, Ahmad Suhardi
Ibrahim, 33, yang ketika itu sedang mencuci peti sejuk di rumahnya
terhidu bau busuk datang dari arah rumah bapa mertuanya yang terletak
bersebelahan rumahnya.
Menurut Ahmad Suhardi, sangsi dengan bau
yang mencurigakan itu, dia terus ke rumah bapa mertuanya lalu memanggil
nama mangsa, namun panggilannya tidak disahut.
Dia cuba membuka pintu namun terkunci dari dalam menyebabkan dia mengambil keputusan memecahkan pintu tersebut.
Sebaik pintu terbuka, Suhardi melihat bapa mertuanya dalam keadaan terlentang di ruang tamu.
“Kali terakhir dia datang ke rumah saya pada Isnin lalu untuk menonton televisyen.
“Selepas itu dia tidak datang lagi dan
saya pula tidak menjenguknya kerana sibuk dengan urusan kerja, tak
sangka dia sudah tiada,” katanya.
Mayat bapa mertuanya yang dikenali sebagai Mamat Yusof, 78, dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Berdasarkan keadaan fizikal mayat, mangsa dipercayai sudah meninggal lebih daripada 48 jam.
Ketua Polis Daerah, Pemangku
Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kejadian dan kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online
No comments
Post a Comment