ANAK kepada rappers kulit putih Eminem iaitu Hailie telah dinobatkan
sebagai pemenang bagi pencarian ‘homecoming queen’ di sekolahnya yang
terletak di Michigan, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Kebanyakan rakan-rakannya memilih Hailie, 17, kerana mereka
menyatakan anak tunggal Eminem itu sebagai seorang gadis yang bijak,
penyayang serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dalam dirinya.
Eminem, 40, turut hadir pada majlis tersebut namun dia hanya menonton
jauh dari sebuah kelas di situ kerana enggan mencuri ‘spotlight’
anaknya pada malam itu.
Eminem sebelum ini selalu menyelitkan kisah pergolakan rumah tangga
dalam lirik lagunya dan nama Hailie turut diabadikan dalam lagu
popularnya, Mockingbird.
Penyanyi itu dan bekas isterinya, Kim Scott bercerai pada 2006, namun
kedua-duanya bersetuju untuk bersama-sama berkongsi hak penjagaan
Hailie.
No comments
Post a Comment