Seorang wanita di Fort Lauderdale,
Florida, Dania Beach, 55, terpaksa berdiri dalam keadaan menyandar pada
sebuah jambatan setinggi 22 kaki dari air kira-kira 20 minit sebelum
diselamatkan oleh pasukan bomba.
Alkisahnya, jambatan tersebut merupakan landasan keretapi yang melintasi Sungai New dan boleh dinaikkan untuk laluan bot.
Entah bagaimana Dania boleh mengambil
keputusan untuk melalui jambatan tersebut walhal terdapat sebuah laluan
untuk pejalan kaki berhampiran kawasan itu.
Sedang dia melalui jambatan tersebut,
secara tiba-tiba jambatan itu terangkat perlahan-lahan dan dia tidak
sempat untuk berlari ke seberang jalan.
Bagaimanapun, wanita itu sempat berpaut pada trek dalam keadaan menghadap ke hadapan dan menyandar pada landasan.
Saksi kejadian tersebut segera
menghubungi pasukan penyelamat yang kemudiannya membantu Dania turun
dengan selamat menggunakan tangga sepanjang 24 kaki.
Operasi menyelamat itu mengambil masa
kira-kira 20 minit dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu
bertepuk tangan apabila Dania berjaya dibawa turun.
Itulah, manusia memang suka ambil jalan
mudah semata-mata mahu tiba cepat ke destinasi yang dituju. Tak fikir
keselamatan diri walhal hidup ini hanya sekali saja.
No comments
Post a Comment