Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ratu Cantik Satukan Venezuela
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ratu-Cantik

CARACAS – Berjuta-juta penduduk Venezuela mengetepikan pandangan politik dan masalah ekonomi mereka pada Khamis lalu hanya untuk menonton pertandingan akhir pertandingan ratu cantik negara tersebut.

Selama beberapa jam, jutaan penduduk itu menonton siaran langsung pertandingan Ratu Cantik Venezuela yang disiarkan di televisyen.
Pertandingan itu dimenangi pelajar jurusan komunikasi dan sains politik di sebuah kolej, Migbelis Castellanos yang berusia 18 tahun.

Dia memiliki ketinggian 1.69 meter, bermata hijau, berambut perang dan berasal dari negeri Zulia merupakan peserta termuda daripada kalangan 26 gadis yang berjaya memasuki pertandingan akhir itu.
Castellanos akan mewakili Venezuela dalam pertandingan Ratu Cantik Universe Dunia pada tahun depan.

Secara tradisinya, ramai penduduk yang menonton siaran langsung pertandingan ratu cantik di negara itu.
Penduduk negara itu berusaha untuk bergelut dengan masalah kadar inflasi yang tinggi, kekurangan makanan asas seperti kertas tandas dan kawalan mata wang yang ketat.

Bagaimanapun, dalam pertandingan edisi ke-61 itu, pertandingan tersebut diadakan di sebuah tertutup stadium utama di sini yang boleh memuatkan seramai 15,000 orang.
Empat tahun lalu, pertandingan tersebut diadakan di lokasi yang lebih kecil disebabkan masalah bajet.

Pertandingan itu juga menjadi popular disebabkan ia dijadikan program realiti dengan jurukamera merakamkan sesi para peserta akhir belajar memperagakan diri, cara memberi senyum dan bercakap.

Sebelum ini, Venezuela telah memenangi enam gelaran Ratu Cantik Universe Dunia.
Industri pembedahan plastik, salun-salun kecantikan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan untuk menyediakan gadis-gadis menyertai ribuan pertandingan ratu cantik di negara ini.

Sekolah-sekolah untuk gadis-gadis mempelajari cara untuk memperagakan diri juga terdapat di Venezuela.

Dalam pada itu, akhbar El Universal melaporkan semalam, Castellanos berkata, dia berasa gembira memenangi pertandingan itu kerana ia buat kali pertama diadakan dalam bentuk program realiti televisyen.

“Saya berasa bangga kerana mencipta sejarah. Program realiti itu telah mengubah pandangan tentang ratu Venezuela kerana mereka dapat mengetahui bahawa kita (para peserta) turut menangis, ketawa, suka makanan manis dan melakukan perkara-perkara yang biasa seperti wanita tulen Venezuela yang lain,” katanya.

Tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh Michelle Bertolini dan ketiga menjadi milik Stephani Dizorzi. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments