Polis kini sedang mencari sekumpulan remaja yang dipercayai terlibat dengan kes rompakan di kedai serbanika 7 Eleven sekitar Jalan Kuchai Lama dan Taman Desa, Kuala Lumpur.
Sekurang-kurangnya tiga kes rompakan bersenjata dilakukan oleh kumpulan ini yang dipercayai berusia di bawah 17 tahun.
Berdasarkan rakaman CCTV, remaja lelaki yang terlibat nampaknya benar-benar berani apabila tidak mengenakan topeng muka ketika menyamun wang tunai dan rokok ketika merompak.
Menurut sumber polis, rompakan pertama dilakukan kumpulan ini pada jam 8.40 malam 9 Februari lalu di Happy Garden, Kuchai Lama dengan bersenjatakan parang melibatkan wang tunai RM500.
Rompakan sama diteruskan pada 12.34 tengah hari, 20 Februari di mana wang tunai RM41.10 dan rokok bernilai RM257 dilarikan, disusuli kejadian 29 Februari di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama melibatkan wang tunai RM99.25 dan lebih 50 kotak rokok yang dianggarkan bernilai RM699.25.
Kini, gambar kesemua suspek sudah diedarkan dan ditampal di setiap cawangan 7 Eleven untuk membantu proses mengesan mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 kerana melakukan rompakan bersenjata.
No comments
Post a Comment