Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » AirAsia didesak mohon maaf kerana siar iklan burukkan kerjaya jururawat
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat milik AirAsia.
Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses.”
Persatuan Perubatan Malaysia turut mendesak agar pihak Air Asia untuk menarik balik iklan tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada jururawat di seluruh Malaysia.
Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, iklan tersebut telah  memperkecilkan kerjaya sebagai jururawat dan dianggap agak melampau.
Tambah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia itu lagi, iklan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman pengiklan akan peranan jururawat  yang mana asasnya adalah untuk menjaga pesakit dengan cara terbaik tanpa mengira siang atau pun malam.
“AirAsia merupakan syarikat penerbangan terkemuka di negara ini. Iklan tersebut akan dapat dilihat di semua laluan perkhidmatan mereka termasuk pelancong warga asing. Ia secara tidak langsung telah memberi gambaran yang buruk mengenai jururawat di Malaysia. Perbuatan menggambarkan kerjaya jururawat sebagai sesuatu yang buruk adalah sangat tidak adil. AirAsia sepatutnya menyemak iklan yang ingin digunakan sebelum menerima secara bulat-bulat daripada agensi yang menghasilkannya.” jelas Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia. -AWANI

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments