Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pemandu Pelancong Maut Ditembak Dua Das
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR –  Seorang pemandu pelancong maut selepas ditembak dari jarak dekat di depan sebuah klinik di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama di  sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.17 malam itu, mangsa dikenali sebagai S Devanathan, 27, yang terkena dua das tembakan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sebelum kejadian, mangsa menaiki sebuah kenderaan bersama seorang lagi rakannya untuk keluar minum di sebuah restoran.

“Tiba-tiba sebuah kereta Proton BLM yang dinaiki oleh empat suspek melanggar bahagian belakang kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa dan rakannya itu,” katanya.

Beliau berkata, rakan mangsa kemudian keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan dan pada masa sama salah seorang daripada empat lelaki itu keluar lalu menjerit dengan kata-kata ‘You patut kena potong’.

“Mangsa cuba melarikan diri sejauh tujuh meter sebelum ditembak tiga das di mana dua das tembakan mengenai badan dan salah satunya menembusi mulut mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Khairi berkata, suspek kemudian melarikan diri, sebelum orang awam menghubungi polis dan pasukan bantuan perubatan.

Siasatan polis di tempat kejadian menemui kesan percikan darah, satu kelongsong peluru dan dua slug peluru dipercayai dari senjata pistol automatik yang digunakan suspek menembak mangsa.

Susulan kejadian itu, pihaknya menahan dua individu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, siasatan awal mendapati salah seorang daripada empat lelaki yang berada dalam kereta Proton BLM itu dikenali mangsa.

“Kita masih menyiasat motif kejadian. Kita juga akan meneliti rakaman CCTV di kawasan itu dan mohon mana-mana individu yang melihat kejadian tampil memberi maklumat,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments