Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Orang Asli Hampir Terjual Bom Aktif Tinggalan Askar Jepun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Banting: Hasrat sepasang suami isteri Orang Asli Bukit Chedding, dekat sini untuk menjual ketulan besi yang ditemui di kawasan kelapa sawit berhampiran rumahnya terhalang apabila mendapati objek yang ditemui mereka itu sebenarnya sebutir bom lama yang dipercayai masih aktif.

Bom berkenaan ditemui jam 10 pagi kelmarin ketika Ramli Asai, 30, bersama isterinya Noriah Asai,27, ingin menjerat ayam hutan sambil mencari damar di kawasan itu sebelum menemui objek berkenaan yang tertimbus dalam tanah.

Ramli berkata, ketika ditemui dalam keadaan separuh tertimbus itu, dia menyangkakan objek berkenaan ketulan besi padu.
“Masa itu saya fikir ia hanya besi buruk dan mengarahkan isteri membawa balik ke rumah untuk disimpan kerana saya berhasrat untuk menjualnya.

“Ketika sampai di rumah saya cuba membersihkan ketulan besi itu sebelum menyedari ia sebenarnya bom lama,” katanya ketika ditemui di Kampung Orang Asli Bukit Chedding, dekat sini semalam.

Penemuan itu adalah yang ketiga membabitkan empat butir bom lama dilaporkan di daerah ini selepas Harian Metro melaporkan kejadian sama pada Isnin dan Jumaat lalu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments