Kuala Lumpur: “Setiap kali melalui masjid dan terdengar laungan indah
azan, teringin juga untuk menunaikan solat, namun apakan daya. Menjadi
pantang terbesar untuk menunaikan solat sepanjang pengamalan ilmu mistik
purba ini apatah lagi mengucapkan kalimah suci.
“Sudah lebih 11 tahun saya tidak pernah mendirikan solat,
menjejakkan kaki ke masjid pun menjadi larangan dan sepanjang tempoh itu
juga hidup saya tidak keruan. Wang tidak pernah cukup, mendapat jodoh
jauh sekali. Semua wanita yang ingin saya dekati akan menjauhkan diri.
Mungkin ini musibah terhadap amalan songsang yang saya amalkan selama
lebih satu dekad.”
Demikian luahan Rashid, 34, yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal yang
dipelajari daripada datuknya sejak berusia 23 tahun dan sepanjang tempoh
itu, dia perlu berpantang dan larangan yang paling utama ialah tidak
boleh menunaikan solat mahupun mengucapkan kalimah suci.
Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya.
Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya.
“Setiap bulan pendapatan saya boleh mencecah ribuan ringgit hasil titik
peluh bekerja dalam sektor swasta, namun setiap kali memperoleh wang
itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku atau menimpa. Kadangkala saya
sendiri tidak faham dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.