Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Filem Terbitan Anak Rosmah Menang Anugerah Golden Globes
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


ANAK isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz mengharumkan nama Malaysia selepas filem terbitannya The Wolf Of Wall Street berjaya merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Golden Globes menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Filem yang mengisahkan kisah benar mengenai kerjaya sebagai broker saham di Bursa Saham Amerika atau Wall Street itu penuh kontroversi yang memaparkan watak Jordan Belfort (DiCaprio) dipenjarakan keraja rasuah dan jenayah perdagangan.

Cereka itu turut menampilkan barisan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie dan Matthew McConaughey.

Riza merupakan anak Rosmah dengan bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.
Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza memberitahu bahawa dia sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu.

“Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan komited terhadap tugasnya,” ujar Riza.

DiCaprio bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu.

“Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati,” puji Riza.
Filem itu mendapat dua pencalonan dalam Golden Globes melalui kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Filem Terbaik (Komedi dan Muzikal).

Filem itu diarahkan oleh Martin Scorsese.

Riza merupakan penerbit filem berkenaan bersama DiCaprio, Scorsese, Joey McFarland dan Emma Tillinger Koskoff.

Sebelum ini nama Riza dikaitkan dengan pembelian sebuah kondo di New York, Amerika Syarikat dengan pembayaran sebanyak RM110 juta yang mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua meminta siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tanpa usul periksa, Tian Chua mempersoalkan sumber Riza membuat pembelian kondo semahal itu.

“Dari mana Riza mendapat begitu banyak wang, RM110 juta ialah terlalu banyak,” katanya.
Kalau dah jadi penerbit filem Hollywood dan berkawan pula dengan DiCaprio, setakat hendak membeli kondo di New York apalah sangat…

Kutipan dari tayangan filem berkenaan pun dah boleh beli beberapa unit kondo agaknya.
Riza merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat penerbitan Red Granite Pictures.

Para peguam yang mewakilinya telah pun menghantar surat kepada laman web Sarawak Report kepada pengendalinya Clare Rewcastle-Brown supaya menarik balik artikel berkaitan pembelian kondo berkenaan yang didakwa menggunakan sumber kewangan meragukan.

Syarikat firma guaman itu ialah Loeb & Loeb LLP  berpangkalan di Santa Monica, California.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments