Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tiada Yang Mustahil, Seorang Nenek Bakal Lahirkan Cucunya Sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Seorang wanita di Utah berusia 58 tahun kini sedang mengandung dan bakal melahirkan cucu sulungnya sendiri.

Wanita itu, Julia Navarro menjadi ibu tumpang kepada pasangan anak perempuan dan suaminya selepas pasangan itu mengalami masalah kesuburan.
Kini kandungan itu sudah pun memasuki lapan bulan dan cucunya bakal dilahirkan bulan depan.

Anak perempuan Julia, Lorena McKinnon berkata dia dan suaminya sudah berusaha untuk mendapatkan anak Micah Mckinnon sejak tiga tahun lalu tetapi gagal.

Lorena yang berusia 32 tahun telah mengalami keguguran sebanyak 12 kali dan tempoh paling lama dia mengandung sebelum keguguran ialah selama 10 minggu.

Setelah beberapa kali mencuba mendapatkan anak secara normal namun gagal, akhirnya pasangan Lorena dan Micah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang.

Pada mulanya, kawan dan kakak Lorena menawarkan diri untuk mengandungkan bayi itu tetapi dia enggan menerimanya.

Pada ketika itulah, ibunya Julia menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang.
“Sebagai sebuah keluarga, kami seharusnya saling membantu antara satu sama lain,” kata Julia kepada akhbar Salt Lake Tribune.

Julia terpaksa melalui proses suntikan hormon selama tiga bulan sebelum embrio yang telah disenyawakan menggunakan ovum anaknya dan sperma menantunya dimasukkan ke rahimnya.

Disebabkan umur Julia yang agak berusia, doktor memberikan amaran bahawa proses itu hanya mempunyai kira-kira 45 peratus kemungkinan untuk berjaya.
Sehingga hari ini, perjalanan proses itu berlalu dengan lancar dan kini Julia bakal melahirkan seorang bayi perempuan.

Selain persiapan menyambut kelahiran bayi itu, pasangan Lorena, Micah dan juga Julia perlu melalui proses kaunseling selama tiga bulan.
“Pakar Psikologi akan mengingatkan kami tentang masa depan yang bakal kami hadapi, agar kami bersiap dari segi mental.

“Kebanyakan kontrak ibu tumpang melibatkan individu yang tidak dikenali, adalah ganjil apabila kontrak berkenaan adalah antara saya dan ibu saya sendiri,” kata Lorena.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments