LUMRAH bagi mereka yang suka mendaki gunung, sebaik tiba ke puncak sudah tentu perkara yang paling teruja dilakukan adalah bergambar bersama rakan-rakan dan selfie.
Namun malang tak berbau buat Eri Yunanti, 21, dia terjatuh ke dalam kawah Merapi sedalam 200 meter ketika selfie di puncak gunung terbabit, Sabtu lalu.
Mahasiswa Universiti Atma Jaya Yogjakarta itu dilaporkan mendaki bersama lima rakan lain pada malam Jumaat sebelum tiba di puncak sekitar jam 11 pagi, Sabtu.
Ketika bergambar di Puncak Garuda yang terletak di tepi Kawah Merapi, Eri dikatakan tergelincir dan terus hilang dari pandangan.
Hingga kini pasukan mencari dan menyelamat diberitakan masih mencari mangsa.
Misi SAR agak sukar disebabkan keadaan cuaca yang kurang elok, manakala kawah mengeluarkan gas beracun hingga alat bantuan pernafasan terpaksa digunakan.
No comments
Post a Comment