Louisville (Amerika Syarikat): Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak.
Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai Bianca, Nick dan dua anak mereka.
Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan.

Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang
bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah
penampilannya serta membuang payu daranya, lapor akhbar Metro UK,
semalam.
Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil.
Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah
setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik
perhatian orang ramai.
Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya.
Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu.
Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran.
Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya.
Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal.
Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. - Agensi

No comments
Post a Comment