Gambar Hiasan |
Kuala Lumpur: Seorang wanita cedera dan lebam di badan selepas
diserang kakak iparnya di kediaman keluarga mereka di Cheras di sini,
kelmarin, selepas dituduh mencuri kunci motosikal.
Dalam kejadian jam 11.00 malam itu, mangsa berusia 46 tahun yang
baru pulang dari tempat kerja dihampiri kakak iparnya berusia 50-an yang
bertanyakan kunci motosikal miliknya.
Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak tahu menahu mengenai kunci motosikal itu, namun kakak ipar tetap menuduhnya menyembunyikan kunci itu.
“Mangsa bagaimanapun enggan melayan kakak iparnya itu sebelum masuk
ke dalam bilik. Namun suspek yang tidak berpuas hati bertindak menendang
pintu sehingga pecah.
“Akibatnya berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit sebelum bertukar menjadi ganas apabila suspek terus menyerang dan memukul mangsa dengan kayu,” katanya.
Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera dan lebam di badan selepas dibelasah suspek.
“Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Cheras di sini,” katanya.
No comments
Post a Comment