HOUSTON - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di mahkamah
di negeri Texas kelmarin kerana membunuh ibu bapanya dengan sepucuk
raifal pada Isnin lalu, lapor portal MailOnline kelmarin.
Remaja itu yang tidak didedahkan identitinya hadir di mahkamah di
Frisco dengan memakai baju penjara berwarna oren dan kedua-dua tangan
serta kakinya digari.
Suspek berdepan tuduhan membunuh bapanya, Ryan Callens, 48, dan
ibunya, Maria Elena, 49, di kediaman mereka pada pagi Isnin lalu.
Menurut laporan akhbar The Dallas Morning News, remaja itu dipercayai membunuh ibu bapanya selepas tertekan kerana terlalu dikongkong oleh keluarganya.
Pegawai polis yang memasuki rumah keluarga itu menemui mayat
kedua-dua mangsa terbaring di dalam rumah dengan kesan tembakan di
kepala dan tangan.
Turut ditemui selaras raifal yang digunakan untuk membunuh kedua-dua mangsa.
Menurut jirannya, kehidupan remaja itu dikongkong oleh keluarganya
sehinggakan dia tidak dibenarkan meminum minuman soda, tidak dibenarkan
melayari internet dan menonton filem ganas.
- Agensi
No comments
Post a Comment