Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Mayat Dalam Bilik Ditemui Dalam Keadaan Mulut Berbuih !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SEKINCHAN: Seorang pemilik bengkel kimpalan ditemui mati dalam keadaan mulut berbuih di dalam sebuah bilik di bengkel tersebut, di sini petang semalam.
 
Mangsa, Ng Soon Yip, 36, ditemui mati kira-kira jam 3.30 petang oleh bapanya yang kebetulan masuk ke bengkel itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan kedua-dua kaki menghadap pintu bilik berkenaan.

“Mangsa dipercayai mati seorang diri apabila kesemua pekerjanya bercuti sempena cuti umum di Selangor,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis dan pihaknya menolak sebarang kes jenayah berhubung kematian tersebut.

“Hasil pemeriksaan polis dalam bengkel itu turut menemui dokumen pengenalan diri dan wang tunai masih berada dalam seluar poket mangsa, selain tidak menemui sebarang senjata,” katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat kira-kira jam 8.15 malam selepas pemeriksaan Unit Forensik Shah Alam.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments