Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Mama Rina (AF6) Jual Kereta, Naik Bas Penuhi Undangan Menyanyi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-6 (AF-6) Hairina Abd Halim mengakui berasa terkilan apabila tidak lagi mendapat undangan nyanyian sejak setahun lalu.

Hairina atau lebih mesra dengan sapaan Mama Rina, 50, berkata, akibat keadaan itu dia terpaksa menjual keretanya kerana tidak mampu melunaskan ansuran bulanan.

"Sekarang ini jika ada apa-apa undangan saya akan menaiki bas dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur kerana tidak lagi mempunyai kereta.

Undangan nyanyian juga tidak serancak dahulu malah sejak setahun lalu saya tidak lagi menerima sebarang tawaran nyanyian," katanya yang hampir 30 tahun menjadikan nyanyian sebagai sumber rezekinya.

Mama Rina merupakan seorang ibu tunggal dan peserta paling tua menyertai AF-6 pada tahun 2008 ketika usia 45 tahun.

Dalam perkembangan sama, nenek kepada dua orang cucu ini berkata, istilah berputus asa tidak pernah wujud dalam dirinya biarpun karier nyanyiannya semakin malap.

Jelasnya, bidang nyanyian sudah sebati dalam dirinya dan akan terus berusaha selagi diterima peminat.

sumber : mStar online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments