BINTULU: Dua juruterbang bersama enam pekerja pelantar minyak terselamat apabila sebuah helikopter terpaksa membuat pendaratan cemas di tengah laut kira-kira 92 batu nautika dari pantai Bintulu pada jam 7.45 pagi tadi.
Kejadian berlaku selepas helikopter jenis Sikorsky S-76 yang disewa sebuah syarikat petroleum baru 45 minit berlepas dari Lapangan Terbang Bintulu sebelum terpaksa membuat pendaratan cemas berikutan cuaca buruk.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Madang Usat berkata, helikopter dipandu dua juterbang warga tempatan turut dinaiki enam pekerja dikatakan dalam perjalanan untuk meninjau lokasi untuk menggali minyak dan gas.

"Semua mangsa berjaya diselamatkan sebuah kapal yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi itu.
"Setakat ini, mereka terdiri warganegara Perancis, Finland, Denmark, Kanada dan Norway dihantar ke Hospital Colombia di Miri.
"Semua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali juruterbang," katanya.
-Harian Metro
No comments
Post a Comment