Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Idea Kreatif Fotografi Murad Osmann Tarik Setengah Juta Followers
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Jurugambar yang berasal dari Rusia, Murad Osmann telah menarik perhatian pengguna laman sosial dan pelayar Internet beberapa minggu ini dengan foto-foto yang dimuat naik beliau.

Bukan gambar profesional yang menunjukkan orang mahupun tempat, tetapi lebih kepada projek pintar beliau yang menggunakan media sosial, Instagram sebagai medium.

Bertajuk “Follow Me” serta mempunyai prespektif unik, setiap gambar adalah dari sudut pandangan Osmann dan menunjukkan bahagian belakang badan teman wanitanya Nataly Zakharova sebagai orang yang membawanya dengan tangan ke pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Lokasi merangkumi beberapa tempat yang terkenal dan eksotik di dunia, yang terdiri daripada Big Ben di London dan Istana ‘Sleeping Beauty’ di Disneyland Hong Kong hingga ke air terjun di Bali.

Projek itu bermula semasa beliau bercuti di Barcelona pada tahun 2011.
Ia bermula apabila Zakharova mula marah kepada Osmann yang sentiasa sibuk mengambil gambar lalu menarik tangan Osmann.

Tetapi ia tidak menghalang Osmann daripada meneruskan minatnya itu.
Gambar-gambar yang ditangkap telah dijadikan sebagai satu projek yang kini telah menjangkau lebih setahun serta dari pelbagai lokasi.

Mengenai imej, Osmann mengambil gambar menggunakan iPhone atau DSLR beliau serta menambah pelbagai kesan kepada gambar menggunakan Camera+, dan kemudian memuat naik menerusi akaun Instagram beliau.

Beliau yang menetap di Moscow kini telah ke pelbagai lokasi menarik di seluruh dunia bagi menjayakan projek beliau.

Osmann merupakan penerbit eksekutif sebuah syarikat filem, Hype Productions.

Saksikan gambar menarik yang dimuat naik oleh Osmann bersama tangan teman wanitanya.
Anda boleh melihat dengan lebih banyak lagi karya-karya kreatif Osmann menerusi akaun instagram beliau :http://instagram.com/muradosmann/

Kini, akaun Instagram beliau telah diikuti hampir 500,000 pengguna laman sosial tersebut.

AYuxobm
Kkx8XWR
SZKfr7J
zou6mJa

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments