Pelakon dan juga suami kepada aktres Rozita Che Wan (Che Ta), iaitu Zain Saidin, 29, berharap tidak ada lagi gosip yang mengaitkan isterinya itu dengan mana-mana lelaki selepas mereka diijabkabulkan, pada Rabu (malam tadi).
"Saya harap lepas ni tak wujud lagi lah gosip dia (Che Ta) atau skandal dengan mana-mana lelaki. Tapi kalau ada juga gosip yang mengaitkan nama dia apatahlagi kalau ianya sampai melibatkan maruah dan nama baik kami sekeluarga, tentunya saya sebagai ketua keluarga akan tampil membela dan mempertahankan dia", kata Zain Saidin ditemui pada majlis pernikahannya yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam.
Menurut Zain lagi, meskipun sedia maklum yang Che Ta sering saja dikaitkan dengan gosip dan kontroversi sebelum ini, namun dia tidak meletakkan apa-apa syarat kepada isterinya itu baik dari segi penampilan atau dalam soal kerjaya lakonan.
"Saya tak letak apa-apa syarat pada dia. Tapi sebagai suami saya akan tegur mana yang nampak tidak elok dan akan minta dia berubah perlahan-lahan.
"Kami akan meneruskan kerjaya masing-masing. Kalau ada tawaran berlakon sekali, kami tak ada masalah. Cuma saya ada cakap dengan Che Ta, sekarang sumber keewangan sudah ada dua, jadi dia tak perlu terlalu bekerja keras macam dulu. Che Ta suka bidang pengacaraan jadi dia boleh teruskan dan usahakan perniagaan butik dia", ujarnya.
Lantas Che Ta yang duduk di sebelah Zain spontan mencelah, "Saya tak kisah pun tak kerja sebab duit saya, duit saya. Duit dia (Zain), duit saya juga".
Sementara itu megulas mengenai dakwaan Che Ta digelar wanita yang mempunyai citarasa tinggi dalam segala hal, Zain mengakui sewaktu mula-mula hendak mengenali wanita berusia 40 tahun itu, tanggapan tersebut pernah muncul difikirannya. Namun anggapannya itu sama sekali meleset kerana Che Ta bukan seperti yang disangak ramai orang.
"Mula-mula dulu saya pun fikir macam tu. Ya, memang dia punya citarasa tinggi, tapi kalau dia nak sesuatu barang yang dia suka tu dia akan usaha sendiri. Dia tak membebankan saya.
"Bila dah lama-lama kenal dia, saya yakin yang dia bukan memandang pada kekayaan ataupun paras rupa. Itu hanya pandangan skeptikal orang terhadap dia. Sebab tu saya yakin untuk jadikan die isteri saya dan saya lamar dia", katanya.
Dalam pada itu pelakon Oh! My English ini juga meluahkan rasa terharu apabila kehadirannya diterima baik oleh kedua-dua anak lelaki Che Ta iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
"Saya memang rapat dengan mereka berdua. Saya kenal mereka pun masa tu Ammar tinggkatan dua dan Aniq darjah 6. Saya memang suka budak-budak. Jadi setiap kali jumpa mereka, saya akan cari kesukaan mereka macam Aniq suka bola, saya pun memang suka bola. Jadi kami berborak pasak bola. Kalau Ammar pula, dia suka tengok wayang, kami serig juga keluar tengok wayang sama-sama",
Zain dan Che Ta sah menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz. Che Tah menerima mas kahwin sebanyak RM9,300 (simbolik kepada tarikh lahir Che Ta) dan sebentuk cincin perkahwinan yang dianggarkan bernilai RM93,000 berserta wang hantaran sebanyak RM23,200 (simbolik tarikh lahir Zain).
Ia merupakan perkawinan pertama bagi Zain dan perkahwinan kali kedua Che Ta. Aktres yang popular dengan drama Kiah Pekasam itu sebeum ini pernah berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia 18 dan 15 tahun.
Majlis resepsi kedua mempelai akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Shah Alam, jam 8.30 malam.
Dua hari selepas majlis persandingan Che Ta dan Zain akan bercuti selama 19 hari. Mereka memilih Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk mengabadikan saat bulan madu.
No comments
Post a Comment