GEORGIA – Gurauan yang menyakitkan. Ia berlaku kepada seorang wanita,
Ilyanna De La Keur, 40, ketika mengunjungi sebuah pusat menjual
peralatan rumah, Home Deport, bulan lepas.
De La Keur mengalami episod yang memalukan itu apabila punggungnya
terlekat pada mangkuk tandas, angkara pihak tidak bertanggungjawab yang
telah menyapu gam yang kuat pada permukaan mangkuk itu.
Wanita itu terpaksa menunggu hingga 25 minit sebelum keadaannya disedari oleh orang ramai.
Selepas gagal melepaskan diri, pasukan paramedik terpaksa dipanggil.
Ketika proses menanggalkan gam itu dilakukan, De La Keur terpaksa menahan kesakitan.
Kini selepas beberapa minggu, De La Keur masih berasa sakit dan
setiap kali perkara itu dibangkitkan, dia akan menjadi tertekan kerana
malu.
“Saya tidak dapat berjalan kerana sakit. Sesiapa yang meletakkan gam
itu memang seorang yang teruk. Ia bukan sesuatu yang melucukan,’’
katanya
No comments
Post a Comment