Selepas kontroversi melanda ekoran tindakan kumpulan Kpop B1A4 mencium dan memeluk beberapa orang peminat wanita bertudung ketika sesi bertemu peminat awal tahun lalu, ramai pihak terutama NGO Islam menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjuran konsert-konsert artis luar negara.
Lantas itu, konsert penyanyi Taeyang atau nama sebenarnya, Dong Young-bae, diberi tumpuan agar peristiwa sama tidak berulang, apatah lagi, penyanyi tersebut sememangnya digilai ramai peminat wanita.
Namun demikian, konsert pelantun lagu Eyes, Nose, Lips yang telah berlangsung semalam dilihat lancar tanpa sebarang insiden kontroversi seperti berpelukan mahupun bersentuhan.
Ramai pihak memuji kecekapan penganjur yang sensitif terhadap isu tersebut lantas mengingatkan bekas ahli kumpulan Big Bang itu untuk menjaga tingkah laku agar tidak mengulangi kesilapan B1A4.
Malahan, Taeyang juga dilihat meletakkan tangannya di belakang sebagai cara untuk mengelakkan dari bersentuhan dengan peminat-peminat wanita Islam.
Melalui beberapa keping foto, Taeyang bijak mengendalikan suasana ketika mendekati peminat dengan tidak menghulurkan tangannya untuk disambut mereka. Ya lah, kadang-kadang, ‘fans‘ yang terlalu fanatik sampai tak ingat dunia!
Melalui status di laman Twitter, ada peminat yang memuji tindakan penyanyi tersebut untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang dilakukan rakan artis senegaranya.
Walaupun bukan beragama Islam, namun Taeyang berjaya membuktikan bahawa dia mampu untuk menghormati prinsip agama lain dan dalam pada masa yang sama, menghiburkan peminat yang memenuhi ruang stadium. Tahniah buat Taeyang!
Fikir-fikir balik, pihak NGO dan badan berwajib patut juga memberi penjelasan dan amaran buat ‘die hard fans‘ yang terlalu fanatik dan tidak mengawal batas pergaulan walaupun berhijab dan menutup aurat!
No comments
Post a Comment