OTTAWA, Kanada – Shannon Sabourin mungkin boleh dianggap antara wanita paling bertuah di dunia apabila dilamar kekasihnya di atas Gunung Little Crawfoot pada ketinggian 2,740 meter dari paras laut.
Rossel Sabourin yang kini telah bergelar suaminya berjaya merancang kejutan dalam suasana paling romantik untuk melamar kekasihnya itu.
“Sambil menikmati makan malam yang dilengkapi kain linen putih dan sebotol Champagne serta berlatar belakang pergunungan di sini dan Tasik Bow yang sungguh indah, Rossel tiba-tiba melamar saya.
“Sudah pasti saya terkejut, namun bibir pantas mengucapkan ‘ya’ tanda menerima lamaran tersebut,” ujar Shannon.
Lamaran itu dilakukan pada Jun 2012 sewaktu kedua-dua pasangan berkenaan melakukan pendakian selama dua jam setengah untuk sampai di puncak gunung.
Kelengkapan kerusi, meja dan makanan istimewa sempena lamaran itu pula disediakan oleh kakitangan rumah penginapan yang membantu membawa barangan tersebut ke puncak gunung.
Pasangan yang berasal dari Winnepeg, Kanada itu baru sahaja mendedahkan gambar mereka mengenai lamaran tersebut sebagai inspirasi kepada pasangan lain untuk menjadikannya sesuatu yang istimewa. – Agensi
No comments
Post a Comment