LIMA hari sebelum Nike Fuelband SE dijadualkan untuk menemui
pembelinya, sebuah lagi syarikat persukanan pula menyusul untuk tampil
dengan jam pintar tersendiri.
Jam pintar keluaran Adidas ini dicipta khas untuk mereka yang
gemarkan aktiviti berlari,dan inginkan kelainan dalam alat pengesanan
kecerdasan mereka,lapor SlashGear.
Gajet ini dilengkapi dengan alat pengesan kadar degupan jantung yang
dicanangkan untuk Nike Fuelband SE,namun telah dikecualikan daripada
produk siap pesaingnya itu pada saat akhir atas sebab yang tidak
diketahui.
Adidas juga telah memuatkan teknologi serba canggih GPS, Bluetooth,
WiFi dan akselerometer (Alat pengesan kelajuan) di dalam jam pintar
tersebut.
Walaubagaimana pun, jam pintar Adidas ini dijangkakan bakal menerima
kritikan hebat daripada pengguna. Hal ini kerana, gajet ini tidak sesuai
untuk digerakkan oleh peranti iOS dan Android.
No comments
Post a Comment