BEKAS pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi 2015 oleh majalah selebriti terkenal dari Amerika Syarikat, People keluaran 30 November ini.
Bintang berusia 40 tahun itu menerima gelaran tersebut sempena ulang tahun ke-30 majalah berkenaan yang diterbitkan oleh Time Inc. dan setiap keluaran dijual sehingga 3.5 juta naskhah.
Berita mengejut tersebut diumumkan menerusi sebuah program bual bicara lewat malam popular stesen penyiaran ternama ABC, Jimmy Kimmel Live pada semalam.
“Ia merupakan penghargaan yang besar. Saya sangat teruja untuk menerimanya,”katanya.
“Saya tak rasakan diri saya menarik dan seorang yang seksi. Memang saya suka memakai pakaian dan sut yang kemas, kelihatan dan tampil menarik tetapi saya tidak rasakan diri saya ke arah itu,” tambahnya.
Suami kepada pereka fesyen terkemuka, Victoria Beckham serta bapa kepada 4 orang cahaya mata mereka itu merupakan atlet pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut.
Anak-anaknya, Brooklyn, 16; Romeo, 12; Cruz, 10; dan Harper, 4; juga terkejut malah mereka semua dikatakan ketawa dengan berita berkenaan.
“Betul ke?! Lelaki paling seksi?? Betul ke?” mereka persoalkan kepada David sambil ketawa.
Apa-apa pun, lelaki British itu sememangnya layak dengan gelaran yang diterimanya itu. – Agensi
No comments
Post a Comment