Los Angeles – Chris Brown membuat
pendedahan yang mengejutkan. Dia mengaku hilang teruna ketika berusia
lapan tahun dengan meniduri budak perempuan berusia 14 tahun.
Dia yang dibesarkan di kawasan Virginia
memberitahu, keadaan di situ amat berbeza dan pada usia berkenaan, budak
lelaki tidak takut untuk `mengorat’ budak perempuan. Dengan latar
belakang keluarganya, tidak ada yang mengejutkan jika Brown berperangai
liar.
Brown dilahirkan pada 1989 di sebuah bandar kecil dikenali sebagai Tappahannock, yang mempunyai penduduk hanya 2,000 orang.
Ibunya bekerja di pusat asuhan manakala
bapanya bekerja di sebuah penjara tempatan namun mereka bercerai ketika
Brown berusia tujuh tahun.
Dia yang mempunyai seorang kakak
kemudiannya menetap bersama ibunya dan bapa tirinya dan menggambarkan
sebahagian hidupnya hanya berbaring di atas katil sambil mendengar
bapanya tirinya itu memukul ibunya.
Mengenai dakwaan memukul penyanyi Rihanna pada 2009, Brown berkata, ia merupakan satu kejutan besar kepadanya.
Jelasnya, dia cuba menghentikan lagak seperti remaja liar dan cuba belajar daripada kes berkenaan.
“Saya tidak nyatakan ia berlaku kerana
sesuatu sebab namun ia memberikan kejutan kepada minda saya supaya
menjadi dewasa dan matang,’’ katanya.
Brown juga telah dikenakan arahan
menjalani khidmat masyarakat selama 1,000 jam pada pertengahan Ogos lalu
selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari pada bulan Mei lepas.
No comments
Post a Comment