Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Biarpun Bergaji RM5,000 Tapi Hanya Sekadar Cukup Makan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Hisyam menunjukkan senarai perbelanjaan bulanan yang ditanggung olehnya berbekalkan gaji RM5,400 sebulan.


BERPENDAPATAN lebih RM5,000 mungkin disifatkan mewah, namun tidak untuk mereka yang berkeluarga.

Hakikat itu terpaksa dihadapi seorang eksekutif sebuah syarikat pembekal barangan am di ibu negara.

Hisyam Malik, 36, yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 11 tahun bersama isterinya, mengakui gajinya sekadar cukup makan, setelah menolak perbelanjaan dan komitmen setiap bulan.
Menurutnya, isterinya sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu untuk memberi tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar.

“Isteri hanya kerja biasa-biasa saja dan gaji tidaklah banyak mana. Kalau dia kerja pun, dapat gaji terpaksa berhabis untuk bayar pengasuh dan kos ke tempat kerja pun agak tinggi. Jadi saya minta dia berhenti untuk tumpu kepada anak-anak.

“Memang ‘sakit’ apabila semua perbelanjaan yang selama ini ditanggung dengan dua pendapatan, terpaksa saya tanggung seorang. Walaupun tidak banyak bahagian pendapatan isteri yang digunakan, ia tetap jadi kos tambahan buat saya.

“Tapi taklah saya anggap ia sebagai beban sebab ia  tanggungjawab yang saya perlu lakukan. Tapi percayalah, jika tidak sabar, bukan mudah nak hadapi,” katanya.
Hisyam berkata, anak sulungnya berusia sembilan tahun, manakala yang kedua baru genap setahun.

Katanya, kedua-dua anaknya itu, masing-masing mempunyai kos yang perlu dilaburkan.
“Kakak pergi sekolah pagi dan petang dengan bas sebab kedudukan rumah yang agak jauh dari sekolah. Yang adik, macam biasalah, belanja susu dan lampin pakai buang saja sudah berapa? Semua tu termasuk dalam belanja rumah.

“Bila tolak semua perbelanjaan, adalah baki dalam RM500 untuk simpan. Tu pun kadang-kadang tak dapat simpan sebab dah ‘tarik’ untuk minggu-minggu akhir bulan,” katanya.
Ditanya sama ada dia berhasrat untuk berhijrah ke desa, Hisyam berkata, perkara itu ada difikirkan, namun tidak mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Saya kerja di tempat sekarang sejak tamat diploma dan sudah selesa. Sekarang bukan senang untuk dapat kerja, kalau di luar bandar, mungkin tidak dapat gaji sebanyak itu sebab sekarang semua orang mahu ‘cut’ kos. Tidak ambil yang berpengalaman kerana akan ‘demand’ tinggi.

“Insya-ALLAH, saya yakin dapat tanggung semua. Komitmen bayaran kereta juga habis awal tahun depan. Begitu juga pinjaman peribadi. Jadi sedikit sebanyak adalah juga lebihan wang nanti,” katanya.

Sumber artikel - Sinarharian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments