SETIAP wanita mendambakan kebahagiaan dalam perkahwinan yang dibina, namun tidak semua mampu memilikinya.
Begitu jugalah nasib yang menimpa seorang wanita bernama Samantha Wrag, 28, yang kecewa apabila mengetahui suaminya berlaku curang dan mempunyai teman wanita yang lain.
Sakit hati dengan suaminya yang baharu sahaja 18 bulan dikahwini itu, Wrag bertindak menfailkan tuntutan cerai.
Bagaimanapun, kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membiayai kos penceraiannya, Wrag telah menjual gaun pengantinya di laman eBay.
Apa yang menariknya, Wrag mengiklankan gaun pengantin itu dengan kata-kata sarkastik.
“Kondisi gaun ini sangat baik tetapi memerlukan dry cleaning untuk membersihkan kesan pengkhianatan. Saya tiada masa untuk membersihkannya sendiri kerana suamiku yang ‘tak guna’ memilih mengakhiri pernikahan kami dengan hidup bersama wanita lain,”tulis Wrag.
Wrag menjual gaun itu dengan harga AS$650 (RM2,615) iaitu lebih murah daripada harga yang dibelinya.
Selain itu, dia menjelaskan bahawa wang tersebut mahu digunakannya untuk kos penceraiaan.
Dalam pada itu, Wrag yang merupakan seorang penulis blog turut berharap gaun ini memberikan kenangan manis pada seorang wanita selepas dia melalui pengalaman buruk.
Strategi Wrag mencurahkan kisah hidupnya pada iklan penjualan gaun ternyata berhasil mengundang simpati ramai.
Ini kerana, harga gaun itu telah mencapai harga yang lebih tinggi daripada yang ditawarkannya sendiri. –
No comments
Post a Comment