SEORANG remaja lelaki berusia dalam lingkungan 13 tahun sengaja menempah padah apabila cuba meraba beberapa gadis di tengah kesibukan stesen kereta api Xinjiekou, China baru-baru ini.
Menurut laman berita Stomp, perbuatan terkutuk remaja berkenaan itu secara kebetulan telah berjaya dirakam oleh seorang pengguna media sosial tempatan Weibo yang tidak diberitahu identitinya.
Menerusi gambar yang dimuat naik, suspek dilihat menyentuh beberapa bahagian anggota pengunjung wanita yang berada di stesen pengangkutan awam rel berkenaan.
Foto-foto kelakuan buruk remaja tersebut yang dimuat naik menerusi laman sosial, mengundang kemarahan dan kritikan daripada ramai netizen tempatan.
Beberapa hari kemudian, pihak berkuasa memaklumkan bahawa seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Ding telah ditahan berikutan insiden tersebut.
Paling unik difahamkan, remaja itu diserahkan ke sebuah balai polis untuk tindakan lanjut oleh bapanya sendiri.
Netizen tempatan memuji tindakan berani bapa suspek kerana sanggup menyerahkan anaknya ke muka pengadilan
No comments
Post a Comment