Gambar Hiasan |
KOTA KINABALU 9 Julai - Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui bersama urinya di kawasan tapak pembuangan sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai, Tawau, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, mayat bayi lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 11.40 pagi oleh seorang pengumpul sampah di tapak berkenaan.
Menurut beliau, mayat bayi terbabit berada dalam kotak dan dibungkus dengan plastik hitam manakala satu plastik lagi berisi uri.
"Pengadu (lelaki berkenaan) memaklumkan dia menemukan mayat bayi itu di dalam kotak semasa sedang mengorek sampah. Mayat bayi itu dianggarkan masih baru.
"Tiada kesan kecederaan pada mayat bayi yang cukup sifat itu, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. - UTUSAN ONLINE
No comments
Post a Comment