Seremban: Mayat seorang warga emas ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil dalam bilik tidurnya di rumahnya di Jalan Munawir, di sini, petang kelmarin.
Penemuan mayat mangsa, Leong Koan, 64, pada jam 4.30 petang kelmarin dibuat selepas jirannya melaporkan kepada polis bau busuk dan kehadiran banyak lalat dari rumah warga emas itu.
Saksi kejadian, Lee Chin Guang, 60, berkata, sebelum ini dia sudah biasa menghidu bau busuk dari rumah jiran lelakinya itu yang membuang najis di kawasan luar rumah.Saya meninjau dari luar rumahnya untuk memastikan bau itu dan melihat banyak lalat dari luar rumahnya itu.
“Saya menghubungi polis untuk memeriksa kerana mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku.
“Sebaik polis tiba, mereka mengesahkan menemui mayatnya yang sudah kembung,” katanya.
Menurutnya, mangsa tinggal di rumah berkenaan sejak 10 tahun lalu dan difahamkan, isteri mangsa bekerja dan menetap di Melaka manakala anaknya di Shah Alam, Selangor.
Mangsa disyaki sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Saya terhidu bau busuk yang kuat menyebabkan saya rasa tidak sedap hati.
No comments
Post a Comment