Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Benarkah Gadis Bertudung Putih Itu Bakal Isteri Zizan ?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak yang banyak dihimpit kontroversi kebelakangan ini dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis sekampung pada Jun depan.
Dakwaan tersebut dikatakan terbit dari mulut Zizan sendiri, namun sehari selepas itu dia menafikannya pula meskipun mengaku kemungkinan akan kahwin pada tahun ini.
Lantaran itu, ramai peminat membuat telahan tentang gerangan gadis bertuah yang berjaya menambat hati Zizan setelah pelakon Cicakman itu putus kasih dengan Emma Maembong.
Melalui muat naik di laman Instagram semalam, Zizan sekali lagi membuat banyak pihak tertanya-tanya apabila dia dilihat duduk di sebelah seorang gadis sambil menjamu selera dengan keluarganya.
Haa… Siapa si cantik di sebelah Zizan itu? Adakah si dia itu gadis sekampung yang bakal menjadi suri Zizan tak lama lagi?
TIDAK! Tekaan tersebut tersasar sama sekali apabila Zizan tampil menjelaskan bahawa gadis tersebut bukanlah kekasihnya, namun si dia merupakan kekasih kepada abangnya.
“Bukan, itu kekasih abang saya,” ujar Zizan seperti dilaporkan Berita Harian.
– MYNEWSHUB.CC

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments