NEVADA, Amerika Syarikat – Bagi menyampaikan mesej kepada bapanya yang berada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), seorang remaja berusia 13 tahun mengambil langkah berbeza dengan mencipta ‘nota’ gergasi di atas padang pasir.
Stephanie dibantu oleh 11 kereta jenis Hyundai bagi menulis ‘Steph Loves You’ di Tasik Kering Delamar, Nevada yang seluas 5,6 juta meter persegi sekali gus mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record sebagai imej tayar terbesar.
“Membuat panggilan jarak jauh tidak mencukupi, maka saya hantar nota maya sebagai tanda rindu kepadanya,” kata Stephanie.
Kereta sedan Hyundai itu bergerak seiringan bagi menulis nota tersebut berdasarkan panduan daripada sebuah helikopter.
Menerusi kempen Hyundai, New Thinking itu membolehkan bapa Stephanie mengambil gambar dari angkasa lepas menggunakan kamera digital. – Agensi
No comments
Post a Comment