London – Dia adalah penyanyi popular di
seluruh dunia namun JayZ menunjukkan bahawa dia seorang yang merendah
diri dengan menggunakan pengangkutan awam.
Artis berusia 43 tahun itu dilihat
menaiki keretapi bawah tanah di London pada Sabtu lalu selepas
menamatkan persembahannya di arena O2.
Jay-z ditemani oleh rakan baiknya, Chris Martin, penerbit Timbaland,Ty Ty dan eksekutif Atlanta Records, Michael Kyser.
Orang ramai yang menaiki komuter itu
nyata terkejut kerana tidak menyangka bahawa mereka akan bertemu dengan
Jay Z yang kelihatan tenang dan menikmati perjalanannya itu.
“Semua orang menjadi gila….jadi Jay Z
menaiki komuter ke konsert sendiri,’’ itu antara reaksi daripada orang
ramai di dalam komuter tersebut.
Konsert Jay-Z di London itu turut disertai penyanyi Coldplay, Chris Martin.
Ini bukan kali pertama Jay Z menaiki
pengangkutan awam, tahun lepas, dia menaiki keretapi di New York untuk
ke konsertnya di Barclays Center.
Selain Jay Z, artis lain yang pernah
menggunakan perkhidmatan sama di London itu ialah Rihanna, anggota
kumpulan Muse, Matt Bellamy, Florence Welsh, Kim Cattrall dan aktor Game
of Thrones, Richard Madden.
No comments
Post a Comment