SAN FRANCISCO – Pengasas laman sosial
Facebook, Mark Zuckerberg membeli empat buah rumah berharga sekitar
AS$30 juta (RM95.3 juta) di sekitar kejiranannya di Lembah Silikon di
sini.
Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk
meruntuh kesemua rumah tersebut untuk membina sebuah kompleks kediaman
seperti yang pernah dilaporkan.
Zuckerberg sebaliknya akan menyewakan semua kediaman itu kepada penghuni sedia ada dan tidak akan mengusir mereka.
Ketua Facebook itu bertindak membeli
hartanah tersebut selepas sebuah syarikat pemaju perumahan merancang
untuk melakukan perkara yang sama.
“Pemaju berkenaan mahu membina sebuah
banglo dan menjual hartanah itu sebagai kediaman di sebelah rumah
Zuckerberg,” kata sumber kepada akhbar The San Jose Mercury News.
Akhbar itu melaporkan, Zuckerberg
mengambil masa setahun untuk membeli semua kediaman tersebut bagi
memastikan dia tinggal bersama jiran-jiran yang dikenalinya.
Usahawan internet itu mengambil masa
hanya 10 minit untuk memandu dari kediamannya menuju ke ibu pejabat
Facebook di Menlo Park di sini. – Agensi
No comments
Post a Comment