Magribi – Tindakan berbelas-belas
pasangan yang melancarkan kempen `cium’ sebagai simbolik menyokong dua
remaja yang ditangkap selepas memuat naik gambar mereka bercium dalam
Facebook, telah mendapat kecaman ramai.
Meskipun pasangan tersebut mendakwa
mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian di khalayak ramai, namun
perbuatan berkenaan mencetuskan kemarahan penduduk di negara itu.
Sebelum ini lebih 2,000 orang menyatakan
hasrat untuk menyertai kempen cium tersebut, namun akhirnya hanya 12
pasangan yang hadir.
Mereka berkumpul di depan bangunan Parlimen dan perbuatan tersebut ditunjukkan kepada wartawan serta orang ramai di situ.
Kumpulan itu dengan bangganya menyatakan
bahawa perbuatan cium tersebut sebagai melambangkan kebebasan untuk
mempamerkan perasaan kasih sayang.
Namun sekumpulan pemuda yang marah dengan perbuatan biadap pasangan tersebut, telah membalingkan kerusi ke arah mereka.
“Ini adalah negara Islam dan bercium di
khalayak ramai adalah dilarang. Meskipun ia hanya satu ciuman, namun
perbuatan ini boleh mendorong kepada perkara lain.
“Terdapat kumpulan yang tidak beragama yang melakukan perbuatan ini bagi menentang Islam,’’ katanya.
Kempen itu dianjurkan selepas sepasang
remaja berusia 14 dan 15 tahun memuatnaik gambar bercium di dalam
Facebook. Gambar itu dirakamkan oleh rakan mereka, seorang remaja
berusia 15 tahun.
Mereka ditangkap minggu lalu dan kini ditahan di pusat tahanan juvana.
No comments
Post a Comment