Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bayi 5 Minggu Jadi Penderma Organ Termuda Di Dunia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Organ

London – Seorang bayi berusia lima minggu menjadi penderma organ termuda dengan mendermakan buah pinggang kepada seorang gadis berusia 22 tahun, Samira Kauser.

Pembedahan pemindahan organ itu mengambil masa selama tujuh jam dan dilakukan di Hospital University St. James.

Organ berkenaan hanya sepanjang empat sentimeter namun ia akan membesar hingga saiz tiga perempat daripada dewasa normal.
Selain buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru bayi berkenaan berfungsi sepenuhnya selepas 37 minggu dalam kandungan.

Dalam pada itu, Kauser dari Halifax, yang menghabiskan masa sembilan jam setiap malam untuk rawatan dialysis berkata, dia merancang untuk berkahwin tahun depan.
“Apabila saya menemui pendermanya iaitu seorang bayi yang telah meninggal dunia, saya menjadi sangat sedih.

“Saya sentiasa terfikirkan ibu bapanya dan mereka mahu mendermanya. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan terharu saya kepada ibu bapa bayi ini,’’ katanya.

Jelasnya, mereka telah melalui kehilangan yang besar dan bagi seseorang yang dapat meneruskan kehidupan kerana bayi itu, ia merupakan hadiah yang amat bererti.

Sementara itu, pakar bedah, Niaz Ahmad yang mengetuai pembedahan itu berkata, melalui kes ini, beliau berharap agar masalah kekurangan organ dapat diatasi.

“Melalui kes ini, saya berharap ia menunjukkan bahawa pemindahan organ bayi boleh dilakukan,’’ katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments