Nampaknya seorang lagi artis bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi iaitu Cristina Suzanne atau Crissie.
Difahamkan, pelakon filem KIL itu akan menikah dengan kenalan lamanya pada Januari tahun hadapan, memetik laporan Ohbulan.
Semalam Crissie mengikat tali pertunangan dengan jejaka tersebut dan gambarnya telah dimuatnaik ke laman Instagram oleh rakannya, Hanis Zalikha dan Marsha Milan.
Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun ini memilih untuk tidak menggembar-gemburkan berita tersebut di laman sosialnya.
Baguslah sebab pertunangan bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan pada semua. Lainlah kalau sudah menikah, memang kena beritahu.
Bimbang mendatangkan fitnah di kemudian hari. Betul tak?
No comments
Post a Comment