Kami percaya kelaparan mampu menjadikan anda tidak waras dan hilang pertimbangan.
Itulah yang boleh kami simpulkan apabila
membaca kisah lelaki yang mengamuk di laluan pandu lalu McDonald’s di
Sengkang, Singapura melalui laman Stomp Straits Times.
Menurut saksi, lelaki itu naik angin selepas makanan yang dipesan belum tiba dalam tempoh yang agak lama.
“Pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta dan menjerit ke arah pekerja McDonald’s bertanyakan sarapannya.
“Dia tidak ada adap langsung dan kelihatan agak kelakar,” jelasnya.
Lelaki itu juga cuba masuk ke dapur restoran bagi menunjukkan kemarahannya.
Apabila pekerja McDonald’s tersebut keluar untuk menenangkannya, dia menjerit, “Tak perlu ‘filet-o-fish, tak perlu sarapan!”
Hai, bawa-bawalah bersabar sikit. Orang lain di belakang pun sama menunggu juga. Tapi taklah mengamuk macam orang kebulur.
No comments
Post a Comment