Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pesakit Mental Dipukul Hingga Peluang Hidup Tipis
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


CHINA – Satu rakaman CCTV berjaya membongkarkan perbuatan kejam doktor dan jururawat di hospital sakit jiwa yang memukul dan menendang seorang pesakit dengan teruk hinggakan dia berkemungkinan lumpuh, jika dia masih mempunyai umur yang panjang.
Rakaman video yang mengejutkan itu juga menunjukkan bagaimana pesakit berkenaan, Zhao Yanli diseret dari katil dan turut dipijak.
Mereka dipercayai melakukan perbuatan berkenaan selepas Zhao dikatakan kurang ajar dengan salah seorang jururawat di situ.
Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan dipenuhi lebam oleh adiknya yang datang melawat.
Zhao kemudiannya dibawa ke unit rawatan kecemasan namun doktor memaklumkan dia mempunyai harapan tipis.
Malah jika dia selamat sekalipun, Zhao tidak mungkin dapat menggunakan kakinya lagi selepas ini.
Rakaman CCTV itu diperolehi oleh polis selepas pihak polis membuat serbuan di hospital berkenaan.
Keluarga Zhao kini mengupah peguam untuk menyaman hospital berkenaan kerana memukul Zhao yang mengalami masalah mental dan pada masa sama mereka tidak memberikan rawatan segera kepadanya.
Meskipun pihak hospital menawarkan pampasan sebanyak RM200,000, namun keluarganya menolak dan mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments