Seorang pengantin wanita di Tennessee, Amerika Syarikat dikecam hebat oleh pengguna media sosial berikutan tindakannya melekatkan bayi perempuannya di gaun perkahwinannya, baru-baru ini.
Shona Carter-Brooks bagaimanpun mempertahankan tindakannya itu di Facebook dengan menyatakan anaknya, Aubrey yang baru berusia sebulan dilindungi dan gaunnya telah diubahsuai untuk meletakkan anaknya di situ.
Namun, ramai kurang menyenangi perbuatannya itu dan beranggapan jabatan kebajikan kanak-kanak mengambil tindakan terhadap perilaku Shona.
Shona turut mendedahkan gaun putih meleretnya itu direka pereka gaun perkahwinan terkenal Hollywood, Vera Wang dan anaknya selamat dalam pakaiannya itu kerana ‘dilindungi Christ’ sepanjang majlis itu berlangsung.
No comments
Post a Comment