Sebelum ini Izara Aishah memang dikenali sebagai salah seorang selebriti yang sangat berahsia mengenai kisah cintanya.
Namun, baru-baru ini, pelakon berusia 22 tahun itu mengakui dirinya sudah putus cinta dengan teman lelakinya yang dikenali sejak dari alam persekolahan.
Walau bagaimanapun, nama Izara secara tiba-tiba dikaitkan dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.
Mengulas lanjut mengenai itu, Izara menafikan mereka bercinta dan hanya mengatakan Adib merupakan kenalan lamanya.
“Saya sudah lama kenal Adib dan kebelakangan ini memang saya selalu keluar dengan kawan lama termasuklah Adib. Memandangkan beliau cukup popular dan dikenali, maka tak hairanlah ada pihak yang cuba ada-adakan cerita yang tak betul. Kami hanya sekadar kawan lama,” katanya memetik Berita Harian.
Kalau betul bercinta pun apa salahnya, sebab dua-duanya pun nampak macam serasi bersama je kan. Tak gitu?
No comments
Post a Comment