Biasanya,
minggu-mingu akhir sebelum melahirkan anak dimanfaatkan sepenuhnya oleh
ibu mengandung untuk berehat selain menjauhkan diri daripada melakukan
aktiviti berat.
Namun,
berbeza dengan Lea-Ann Ellison, 35, yang dijangka akan melahirkan anak
sekitar dua minggu lagi apabila beliau melakukan senaman angkat berat
pada fasa akhir itu.
Wanita yang berasal dari Los Angeles itu berkata, beliau percaya bahawa mengandung bukanlah satu penyakit.
Memetik
laporan Mirror, rutin senaman yang biasa dilakukan oleh Lea-Ann
berasaskan program latihan yang dijalankan oleh akademi polis, unit khas
tentera, pakar seni mempertahankan diri dan atlet profesional.
Gambar
yang telah dimuat naik oleh wanita itu di laman Facebook mengundang
pelbagai komen dan persoalan mengenai bahaya senaman berkenaan untuk
wanita mengandung.
Komen daripada Evan Kennedy: “Ini merupakan cara terbaik untuk kehilangan bayi anda”.
Pada masa
yang sama, tindakan Lea-Ann mendapat sokongan dari Charlotte Schwartz:
“Anda boleh lakukan apa sahaja semasa mengandung kecuali jika doktor
mengatakan sebaliknya”.
Bagaimanapun,
wanita itu nampaknya tidak terjejas oleh kritikan negatif yang
diterima, sebaliknya membalas: Saya berterima kasih dengan semua yang
memberi respon positif! Yang membenci akan tetap membenci dan tidak
mengapa. Hidup saya bukan hidup mereka!”.
No comments
Post a Comment