Penyanyi Miley Cyrus kembali mencetuskan kekecohan apabila tampil
tidak berbaju menerusi kulit hadapan album terbarunya, Bangerz.
Cyrus hanya menutup payudaranya yang terdedah dengan lengannya selain
menyuruh peminat menentukan di antara empat pilihan gambar mana yang
sesuai dijadikan sebagai imej untuk album terbarunya itu.
Sejak akhir-akhir ini, Cyrus dilihat seperti sengaja meraih publisiti
murahan apabila berbogel menerusi muzik video lagu terbarunya berjudul
Wrecking Ball selain beraksi erotik dalam dalam sebuah majlis anugerah,
baru-baru ini.
Mungkin Cyrus perlu memikirkan sejenak mengenai imejnya yang kini
sudah tercalar teruk sejak putus tunang dengan pelakon Liam Hemsworth
yang dikatakan menjadi penyebab dirinya beraksi liar sejak akhir-akhir
ini.
No comments
Post a Comment